Friday 5 May 2017

Teks persaraan pn Sarimah



TEKS PERSARAAN -28 April 2016

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Pn Sarimah Bt Othman, guru Penolong SMK Seri Panching ke dalam dewan dengan diiringi suami  tersayang
Majlis pada hari ini diteruskan dengan nyanyian 2 buah lagu, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang, Allah Selamatkan Sultan kami.
Hadirin sekalian dipersilakan untuk duduk.
Seiring madah pantun bersambut,
Disulam senyum pengubat jemu;
Mesra berdakap kasih berpaut,
Yang Berbahagia tuan kini bertamu.
Awal bismillah pembuka bicara,
Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
Persaraan Pn Sarimah majlis bernama.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
­
Yang Berbahagia, Pn Sarimah Bt Othman serta suami,
Yang Berusaha En Abdul Jani B. Md Tahir, Pengetua SMK Seri Panching,
Yang  Dihormati En Dzulkhairy B. Ab Rahman, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati, Pn Normaniza Bt Mansor, Penolong kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, kaunselor Sekolah, rakan-rakan guru, kakitangan sekolah dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Dahan kayu makin mereput,
Dahan tak muat di dalam pedati;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan Seri Panching pada pagi penuh ceria untuk menjayakan Majlis Persaraan guru SMK Seri panching. Pn Sarimah Bt Othman
Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
Dengan bismillah restu dipinta;,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.

Majlis dengan ini mempersilakan Ustaz Mohd Suhkeri B. Abd Mubin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Dalam majlis ini kami bermadah,
Mengucap puji alhamdullilah;
Doa tadi pembuka wadah,
Semoga majlis beroleh limpah.
Khabar sudah bendang ke langit
Khabar sudah rebak ke bumi
Yang jauh kami jemput dengan destar
Yang dekat kami jemput dengan tepak
Berhimpun mesra harmoni kita di sini.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang Berusaha, En Abdul Jani B. Md Tahar, pengetua SMK Seri Panching bagi menyempurnakan persada ucapan. Dipersilakan
______________________________________________________________________________________

majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Abdul Jani B. Md Tahar atas  ucapan tersebut.
Persembahan
Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap rasanya majlis, tanpa mengenal empunya diri insan yang diraikan pada pagi yang indah ini. Maka persembahan multimedia pada pagi ini akan mempersembahkan rentetan perjalanan hidup Pn Sarimah Bt Othman


Di bawah seliaan dan penyediaan oleh  Pn Nor Faaizi B. Ismail dan Cik Tg Syaziena Bt Tg Hamzah, mempersembahkan kepada anda tayangan multimedia tentang biografi dan memoir perjalanan insan yang sedang kita raikan ini yang bertajuk JASAMU DIKENANG. Marilah bersama-sama kita menghayati persembahan tersebut.
majlils merakamkan jutaan terima kasih kepda guru-guru yang terlibat dalam menjayakan persembahan tersebut.
Ucapan ustazah Sarimah
Ustazah Sarimah panggilan mesra
         Guru veteran yang banyak berjasa
          Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
          Lebih dua dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia
Menjalankan tugas dengan  setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua 

Majlis dengan penuh bangga mempersilakan Pn Sarimah Bt Othman meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat , untaian kata kalungan wacana, salam perpisahan buat kenang-kenangan insan yang bakal ditinggalkan. Dipersilakan.

Secarik budi memberi,
sekalung terima kasih kami sertai
Sejambak tulusmu menghulur,
segugus penghargaan terpahat di hati,
Budi, komitmen tulus ikhlas, bernilai bak segunung intan, setara bak cindai bertelekan, seindah tiara delima, sewangi kasturi di gapura sgurga.


Ulasan: Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan pengetua menyampaikan ucapan buat kenang-kenangan.
Majlis diteruskan dengan persembahan pelajar, dengan ini majlis menjemput pelajar-pelajar dari tingkatan 1 aktif untuk mmepersembahkan sebuah lagu yang baertajuk “You Raise me Up”.
Begitulah tadi koir dari pelajar Tingkatan 1 Aktif,
Persembahan diteruskan dengan persembahan daripada pelajar tingkatan 2 Aktif yang bertajuk…………………………………….
Majlis merakamkan jutaan terima kasih dengan persembahan yang disampaikan.
Tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati. Dijemput wakil-wakil untuk menyampaikan hadiah  kepada Yang Berbahagia Pn Sarimah Bt Othman dengan diiringi Tn Pengetua, En Abdul Jani B. Md Tahir, majlis mempersilakan.
1. wakil dari kelas 1 Aktif- Mohd Faris Zikry
2. wakil kelas 1 Adil- Mohd Taqiuddin
3. wakil kelas 4 Aktif- Mohd Aiman Danial
4. wakil kelas 5 Aktif- Yusra Syazmin
5. wakil pengawas sekolah- Mohd Rizan Azim
6. wakil dari Koperasi sekolah-
7. Panitia pendidikan Islam- Pn Nor Afida
8. wakil dari Kelab Warga- En Ahmad Munif
9. wakil dari PIBG-
10. wakil dari Pentadbir- En Dzulkhairy

Umpama memanjatkan dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.

Manusia mengandung salah
Mangandung cacat dan cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh

Hadirin sekalian,

Kalau ada sumur di ladang,
Elok rasanya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Dapat kita berjumpa lagi.
Sampai di sini seloka kami
           Tidak berakhir hubungan ini
           Silaturahim  terus terpatri
          Biarpun Pn Sarimah tiada di sini

Ampun dan maaf kami pinta
Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami  sekali sekala
Andai rindu datang menjelma


           Semoga pn Sarimah sihat sejahtera
           Menyusuri hari-hari yang ceria
          Di samping beribadat pada yang Esa
          Moga dilindungi Allah sentiasa.

Kalau ada sumur di ladang,
Elok rasanya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Dapat kita berjumpa lagi.

Majlis Anugerah persaraan Pn Sarimah Bt Othman tamat di sini. Terima kasih daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.




No comments:

Post a Comment