Friday 5 May 2017

Teks pengacara Majlis untuk ceramah program Kesedaran & Pencegahan Malaria sempena Sambutan Hari Malaria SEdunia Peringkat Negeri Pahang. 26 april 2016



Teks pengacara Majlis untuk ceramah program Kesedaran & Pencegahan Malaria sempena Sambutan Hari Malaria SEdunia Peringkat Negeri Pahang.
26 april 2016

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang  Berbahagia Dr ................................ 
Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Jaya Gading

Yang Berusaha En Abdul Jani B. Mat Tahar
Pengetua SMK Seri Panching

Yang Dihormati En Mohd Dzulkhairy B. Abdul Rahman
Penolong Kanan HEM,

Yang Dihormati Pn Normaniza Bt Mansor, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Guru-guru, rakan-rakan pelajar seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.

*********kata aluan
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan Iradatnya  kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menjayakan Ceramah  Program Kesedaran dan Pencegahan Malaria sempena Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Pahang. Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Tuntutlah Ilmu hingga kenegeri Cina’. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

****bacaan al-fatihah

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita mulakan majlis kita dengan Ummul furqan Al-Fatihah

Amin-amin ya Rabbal Alamin..

Majlis kita diteruskan dengan ceramah Kesedaran dan Pencegahan Malaria yang akan disampaikan oelh penceramah kita pada hari ini.


****ceramah bermula

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Dr Aiza Nur Izdihar Bt Zainal Abidin,   Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Jaya Gading
       untuk menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan
************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha                                                         di atas ceramah yang telah disampaikan. Semoga segala yang disampaikan akan menjadi panduan dan pedoman buat kita semua..

_______________________________________________________

*****Sesi Soal Jawab (kalau ada)

Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada rakan-rakan boleh mengemukakan pertanyaan kepada tuan penceramah.

########(soal jawab)

******Penyampaian Cenderahati

Majlis diteruskan dengan penyampaian cederahati,
Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusahan En Abdul jani B. Mat Tahar, Pengetua SMK Seri panching untuk menyampaikan cenderahati kepada Dr Aiza Nur Izdihar Bt Zainal Abidin  Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Jaya Gading. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Penutup

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha En Abdul Jani atas penyempurnaan penyampaian cenderamata sebentar tadi

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Program Ceramah Kesedaran Malaria,
Semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam ceramah ini

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Sekian, wabillah hi Taufik wa hidayah Assalamualaikum wbth


11 comments: