Friday 5 May 2017

teks kemerdekaan



Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berusaha, Pn Hjh Maizinah Bt Mohd Taib (Pengetua SMK Seri panching)
Yang Dihormati, Tn HJ Ropizal Hazri B. Ismail (GPK Pentadbiran Smk Seri Panching)
En Dzulkhairy Bt Abdul Rahman, GPK HEM,
Pn Normaniza Bt Mansor ) GPK Kokurikulum
Ketua-ketua bidang ,rakan-rakan guru,
Seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Alhamdulillah, penuh kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya, dapat lagi kita berkumpul di Dewan Seri Pancing ini sempena majlis Penutup Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2016
Rakan-rakan guru dan pelajar sekalian
Majlis kita diteruskan dengan tayangan filem pendek yang telah diaprisiasikan oleh Ckg Noor Adnin Bt Zakaria. Sama-samalah kita saksikan
Begitulah tadi filem pendek hasil daripada suntingan guru-guru Sekolah kita..tahniah diucapkan

Hadirin sekalian,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya akan diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil bagi pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Einawati Bt Abd Halim Ketua Bidang Kemanusiaan bagi mengiringi …………………………………………………………….                                      untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Majlis dengan sukacitanya menjemput.
-penyampaian hadiah.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada …………………………………..
Kejayaan yang dicipta tidak datang dengan bergolek tapi terhasil dengan  kesungguhan dan ingatlah
Kejayaan bukan warisan dan kegagalan bukan tradisi.
Sebelum mengundurkan diri, cikgu wakil daripada Bidang Kemanusiaan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan saya sendiri.

Sekian wabillahi taufik..................

DISEDIAKAN OLEH;
PN NOR AKMAL BT HJ MOHD ADNAN







No comments:

Post a Comment